PETUA INGAT-INGAT, LUPA-LUPA
1.Ingatlah kebaikan orang kepada kita.
Selalulah ingat setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan pihak yang paling berjasa kepada kita iaitu ALLAH.
2.Ingat keburukan dan kesalahan yang kita lakukan kepada manusia.
Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.
3.Lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa.
Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti. Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.
4.Lupakanlah keburukan dan kesalahan orang kepada kita.
Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment