PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH /
MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE
Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk
dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan
najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air
bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau
menyalahi hukum Islam.
Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie
adalah seperti berikut :
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara
keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman,
rumah, harta benda dan sebagainya.
b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau
dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam
Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9
menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk
berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan
menjaga keamanan rumah.
Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa alHaram fi al-Islam)
beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai
beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai
binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi
S.A.W. bersabda antara lain maksudnya :
“Barang siapa yang memelihara
anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari
pahalanya berkurangan satu qirot”.
Erti qirot hanya Allah sahaja yang
mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.

